Monday, March 14, 2011

SRIKANDI PERTIWI

Srikandi Pertiwi,

Dari Dasar Lautan Dalam

Telah Diangkat Ke Permukaan

Menyemarakkan Lautan Biru

Menyinari Ceruk Dan Pantai

Merubah Lautan Menjadi Daratan

Dengan Warna-Warna Keindahan

Menggilap Yang Kelam

Mencerna Yang Suram

Begitulah Srikandi Pertiwi Ini

Telah Menyinari Pasukan PDRM

Telah Mencaknakan JSJK Bukit Aman

Dari Kecemerlangan Minda Yang Ada

Buat Merealisasikan Hasrat Pasukan

Di Jiwa Masyarakat Sejagat

Kepimpinan Yang Bistari

Kepimpinan Yang Penuh Pengorbanan

Terlalu Istimewa Buat Kita Semua

Usaha Yang Dipertingkatkan

Dititip Kepada Warga Pengaman

Kemantapan Dalam Kerjaya

Ditatang Menjadi Lagenda

Komitmen Yang Ada

Dikendong bagai kaca

Srikandi Pertiwi

Di Kala Persaraanmu

Usah Dikau Lupa Kenangan Dan Memori

Kerana Kami Tidak Bisa Melupakanmu

Walau Sejenak Hingga Pengakhiran

Dalam Ribuan Doa Dan Harap

Selagi Nadi Masih Berdenyut

Kami Ucapkan Terima Kasih

Buatmu, Srikandi Pertiwi

No comments:

Post a Comment